Friday 1 July 2016

KERETA KEDUA KU





 keretaku yang kedua... KE70.. atau ada yang panggil Black belt. Mungkin sebab bumperanya hitam dan besar, maka nama itu diberikan.

Dah lego kereta ni... sadis jugak... bayangkan pada hari terakhirnya, ia tak mahu hidup apabila orang nak ambil, tapi bila saya hidupkan.... senang je hidup..... DAH SCRAP...  kata orang yang ambil... lagi sayu rasanya.

Saya pun faham, dengan keadaan fizikalnya, bukan sikit modal kalau nak repair... Apapun.. Alhamdulillah, aku redha dan amat berterima kasih dengan perkhidmatannya lama lebih kurang 14 tahun.

Pernah sampai layang-layang (Johor), Pekan (Pahang), Taman Negara (Pahang), Shah Alam, PJ... memang banyak khidmatnya....

Ia pun kurang meragam, sesekali tu biasalah. Tukar alternator, starter tu adatlah... Memang aku amat sayangkannya.. Tapi nak maintain dua kereta bukan sikit duit.. akhirnya terpaksa aku lepaskan juga.

 Untuk mengenangnya, maka sebahagian hasilnya ku pasangkan kembali kepada kereta yang baru aku beli (walaupun bukan kerata baru...!!)

Kalaulah ia mempunyai perasaan ingin ku katakan kepadanya... aku amat berterima kasih kepadamu, aku pun tak dapat nak bayangkan besarnya penorbananmu kepadaku.... jujur ku katakan seolah-olah ada ikatan antara kami... walaupun kamu hanya sebuah kereta,,,.

Tak banyak tambahan yang aku buat. Seingat aku, hanya digital controll temperature dan suis buka dan tutup central lock. Pendek kata, walaupun berumur, kurang ragam.

No comments:

Post a Comment