Tuesday 12 July 2016

MEMANTAU KEADAAN SEMASA BATERI DAN ALTERNATOR ANDA...???





Dengan kos kurang dari RM40.00 anda boleh melihat kekuatan bateri kereta anda dan juga pengecasan oleh alternator anda sepanjang masa.

Ya, cuma cucukkan alat ini ke bekalan pemetik api kereta anda, anda dapat melihat status semasa bateri kereta anda apabila suis dihidupkan. Bergantung kepada model, ada yang turut memberikan bacaan suhu dalam kereta anda. Malah ada juga yang menyediakan soket USB untuk anda mengecas gadget anda.



mudah bukan....

dibawah ini adalah keadaan bateri dan alternator kereta saya iaitu 13.9V, sementara suhu dalam kereta saya pada masa tersebut adalah 29 C. dibahagian atasnya pula ada port untuk USB charger....


Kenapa saya membeli alat ini. Pada suatu malam.. yang gelap, balik dari tempat kerja.... jeng jeng....

sampai kat satu tempat, kulihat lampu ku semakin kelam... aduh apa terjadi. aku agak dah tentu bateri keretaku dah mula kong.... tapi takkkanlah... pagi tadi elok je, air con pun sejuk je tadi pagi.

Dengan anggapan bateri keretaku dah kong, aku cuma hidupkan signal kiri kanan je, teruskan perjalanan... sampai kat rumah... signal pun segan sangat nak nyala. Engin ku matikan, cuba hidupkan semula..... waduiih.... tik tik tik je yang ada...

Ku caskan bateri keretaku. (makluman, dirumahku sentiasa ada battery charger), lepas caj 1/2 jam, ku cuba hidupkan kembali... alhamdulillah hidup. Bila engine tengah hidup... ku cabut bateri... matilah pulak... 100% aku katakan alternator kong!!!!!!  Aku call member... dia suruh hantar kalau hidup..

Malam tu aku caj bateri kau-kau punya, esok terus hantar. Pinjam motor dia balik rumah. Petang call dia balik... dia kata alternator OK, cuma  wayar terbakar. Nasib baik wire je... terbang gak RM100+++...

Aku tau pasal gadget ni dah lama, cuma berbelah bagi nak beli ke tidak. Bila dah jadi camtu, terus beli... tak nak fikir panjang, bukan apa at least aku tau bateri dah nak kong ke ape ke... ada petanda awal... senang bertindak awal...


Ok Cauu..

Saturday 9 July 2016

LITAR SAMBUNGAN LAMPU SIGNAL KE SUIS PINTU



lampu signal akan menyala bila pintu dibuka.

Komponen  tambahan yang diperlukan adalah diod yang boleh membawa 10A (jenis besar), relay dan flasher.

Flasher untuk hasilkan signal berkelip

Diod : untuk menghalang feedback current

relay yang disambung ke suis pintu adalah untuk hidupkan bekalan bila pintu di buka.

Pilihan 2... menggunakan flasher yang ada. sedikit ubahsuaian pendawaian dibuat.... menggunakan 1 flasher. Cuma masalahnya, tengok wiring kereta, ada yang kalau suis tak hidup, flasher tak nyala.




atay kalau modal ciput sangat, guna 1 relay dengan 2 diode je...


apapun, kena tengok sistem kereta juga, bimbang feedback current susah nanti.. yang ni saya tak galakkan sangat berisiko.

Atau cara lain, sambung dengan suis hazard light. ini ada susah sikit, dan saya tak nak buat.

ALAT SIMPLE DAN MUDAH


Tercari-cari test lamp nak test peralatan kereta anda, saya sebenarnya jarang gunakan test lamp. Saya cuma alatan dibawah (bukan nak iklan sekadar nak kongsi). Mudah dan senang dibawa.


Kos/ harganya. saya cuma dapat sekitar RM10.00. amat mudah...


LAMPU ISYARAT BERKELIP BILA PINTU DIBUKA 


Ada ciri keselamatan apabila signal light menyala apabila pintu dibuka. Ada  teringin nak pasang sendiri tapi tak tahu caranya. Diatasnya litar simple yang pernah saya buat. Cuma sambungkan aje dah jadi...

Mudahnya bunyi, camne nak cari wire signal tu ya...

timnul pula persoalan, boleh rosak sistem tak kalau feedback current terjah kat panel. pada pandangan saya, untuk keselamatan, kaji sistem kereta dulu.

Kalau sistem kereta lama, macam proron ke atau iswara, atau dengan kata lain kereta yang tak pakai elektronik, kita boleh terus sambung macam kata atas. Tapi kalau kereta ada sistem elektronik, baik kita tambah diod... untuk elakkan arus feedback (suap balik) ke sistem. Tambah diod tu selepas suis signal dan sebelum sambungan. nanti saya cerita kat ruangan lain.

Perlu ingat sambungan kat atas untuk sambungan yang alarm memang dah ada signal tersebut. Kalau nak sambung cara lain (bagi yang alarm tak ada signal tersebut), saya cerita lain kali.... tunggu kelapangan saya.

Friday 1 July 2016

KERETA KEDUA KU





 keretaku yang kedua... KE70.. atau ada yang panggil Black belt. Mungkin sebab bumperanya hitam dan besar, maka nama itu diberikan.

Dah lego kereta ni... sadis jugak... bayangkan pada hari terakhirnya, ia tak mahu hidup apabila orang nak ambil, tapi bila saya hidupkan.... senang je hidup..... DAH SCRAP...  kata orang yang ambil... lagi sayu rasanya.

Saya pun faham, dengan keadaan fizikalnya, bukan sikit modal kalau nak repair... Apapun.. Alhamdulillah, aku redha dan amat berterima kasih dengan perkhidmatannya lama lebih kurang 14 tahun.

Pernah sampai layang-layang (Johor), Pekan (Pahang), Taman Negara (Pahang), Shah Alam, PJ... memang banyak khidmatnya....

Ia pun kurang meragam, sesekali tu biasalah. Tukar alternator, starter tu adatlah... Memang aku amat sayangkannya.. Tapi nak maintain dua kereta bukan sikit duit.. akhirnya terpaksa aku lepaskan juga.

 Untuk mengenangnya, maka sebahagian hasilnya ku pasangkan kembali kepada kereta yang baru aku beli (walaupun bukan kerata baru...!!)

Kalaulah ia mempunyai perasaan ingin ku katakan kepadanya... aku amat berterima kasih kepadamu, aku pun tak dapat nak bayangkan besarnya penorbananmu kepadaku.... jujur ku katakan seolah-olah ada ikatan antara kami... walaupun kamu hanya sebuah kereta,,,.

Tak banyak tambahan yang aku buat. Seingat aku, hanya digital controll temperature dan suis buka dan tutup central lock. Pendek kata, walaupun berumur, kurang ragam.