Monday 24 October 2016

CARA MEMERIKSA KEBOCORAN PADA VALVE ATAU GELANG OMBOH



Selalu terjadi apabila enjin mula bising, power dah kurang, pemeriksaan perlu dilakukan. Diantara penyebabnya adalah kebocoran pada enjin. Kebocoran biasanya berlaku adalah pada:-

- Injap masuk (intake alve)
- injap keluar (exhaust valve)
- Gegelang omboh (Piston Ring)
- Head gasket


Rajah dibawah adalah keratan rentas yang menunjukkan kedudukan injap masuk, inja keluar dan kedudukan omboh (piston).

Secara amnya, aliran angin adalah :-

BREATHER -> FILTER -> CARBURETOR (dicampurkan dengan bahan bakar)  -> INTAKE MANIFOLD -> INJAP  MASUKAN -> KEBUK PEMBAKARAN ->  INJAP KELUAR -> EKZOS KELUAR.

Perlu diingat, sebahagian dari udara dari mnyak enjin yang dipanaskan akan masuk kembali ke INTAKE MANIFOLD melalui injap PCV. Dengan secara langsung, angin yang keluar melalui PCV ke INTAKE MANIFOLD adalah angin yang sama yang berada pada ruang diatas rocker arm. Kerosakan pada PCV juga boleh mempengaruhi prestasi enjin.

Sebahagian dari angin ke ekzos juga ada yang di pusing kembali intake manifold melalui EGR. Tetapi EGR ini adalah dalam keadaan sentiasa tertutup. Cuma dibimbangkan kerosakan  pada EGR ini juga akan mempengaruhi sistem engin. 

Dari kemungkinan ini, kerosakan alatan kecil (seperti injap kawalan lain) perlu juga diperhatikan. Ini termasuklah IACV dan lainnya.

Oklah, penumpuan kali ini adalah lebih kepada pencarian tempat kebocoran yang mungkin berlaku.



Rajah diatas ada menerangkan sedikit sebanyak cara PCV bekerja. Kenapa perlu tahu? Inilah tempat laluan angin yang akan memberikan petanda dimana kebororan itu berlaku.


Rajah diatas adalah ringkasan perjalanan angin didalam enjin. Sistem diatas adalah sistem injetion yang menggunakan enjin cotrol module. Sistem karburetor juga tak jauh bezanya. Bagi kereta jenis lama ada yang tiada egr ni...

Bagaimana cara untuk mencari dimana kebocoran itu berlaku? Satu cara mudah yang pernah saya jumpa adalah dengan menggunakan angin bertekanan tinggi. Caranya adalah memasukkan angin bertekanan kedalam lubang palam pencucuh dan lihat kebocoran angin yang berlaku. Pasikan enjin disetkan untuk ujian ini. Biasanya enjin disetkan dengan memusin crankshat sehingga kesemua injap masuk dan keluar tertutup. Selepas itu angin bertekanan dimasukkan kedalam ruang pembakaran melaui lubang palam pencucuh. Terdapat empat (4) tempat angin keluar yang menunjukkan tempat kebocoran.

1 - terjadi gelembung angin di radiator.
* menunjukkan kebocoran pada gasket head atau silinder head retak atau blok retak.
# secara teorinya angin/minyak/bahan api tidak sesekali akan masuk keruangan ini. Sekiranya kehadiran minyak, angin atau lainnya dikesan, ini menunjukkan kebocoran telah berlaku.

2 - Angin keluar melalui penutup minyak/dip stick.
* gelang omboh rosak atau didining silinder calar
# Seperti diterangkan diatas tadi, angin pada bahagian rocker arm adalah sama dengan angin yang keluar ke injap PCV. Terdapat laluan diantara ruang rocker arm ke ruang takungan minyak. Apabila berlaku kebocoran pada cilinder, angin akan masuk keruangan takungan minyak dan seterusnya akan keluar ke pcv dan juga laluan pengisian minyak pelincir.

3 - Angin keluar melalui karburetor/ throttle body
* injap masuk (intake valve) bermaslah yang menyebabkan angin kleuar melaluinya.
# Untuk ujian ini, ada baiknya injap PCV di asngkan terlebih dahulu. Jika tidak, sukar untuk membezakan angin keluar dari carburetor datang dari injap masuk atau dari PCV. Perlu diingat, PCV bersambung ke intake manifold dan masuk terus ke carburetor. Begitu juga angin dari injap masuk akan ke intake manifold dan terus keluar ke karburetor. Sekiranya tidak diasingkan, sukar untuk membezakan dari mana arah angin tersebut datang.

4 - Angin keluar melalui ekzos paip
* injap keluar bermasalah yang menyebabkan angin keluar melaluinya.
# Oleh kerana injap ini adalah secara terus keluar ke ekzos, maka ianya mudah di tentukan tempat kebocoran berlaku. Perlu juga diingat, bagi kereta yang mempunyai EGR, pastikan EGR tersebut dalam keadaan baik. Jika tidak kebocoran pada injap masukan juga akan menyebabkan angin keluar di ekzos. Keliru pula nanti dari mana datangnya angin tersebut???



Secara umunya kebocoran pada keempat-empat tempat ini perlu dibuat ujian berasingan sebelum ianya dibuka untuk kerja pembaikian. Ujian lain seperti ujian vakum, ujian tekanan dan lainnya.


Berbalik kepada ujian ringkas diatas, dibawah ini diberikan cara langkah demi langkah untuk tujuan pengujian dibuat.

1 -  pastikan bateri dicabut terlebih dahulu, memadai dicabut bahagian (-) sahaja.

2 -  Cabutkan Palam pencucuh.

3 - Buka rocker arm. Sekiranya rocker arm tidak mahu dibuka. perlu disediakan belon.... belum diterangkan disini, caranya lebih leceh....

4 - Sediakan adaptor untuk membolehkan angin ditiup kedalam kebuk pembakaran.Pasangkan pada lubang palam pencucuh.

5 - Pusingkan crankshaft sehingga kedua-dua injap di bahagian yang mahu diuji tertutup sepenuhnya dibahagian masukan dan keluaran.

6 - Masukkan angin melalui tiub tersebut dan perhatikan kebocoran seperti diterangkan diatas.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment