Friday, 2 September 2016

sambungan alarm dan central lock


Ada orang rasa lebih puas apabila membuat sesuatu hasil dari tangan sendiri. Terasa suatu kepuasan yang sukar unutuk dinyatakan.... Syokkkkk ooo... Camne pula kali ini cuba pasang atau repair sendiri central lock kereta anda.

Nak buat wiring central lock (kunci sepusat) kereta.....? Tak susah tapi leceh. Saya biasa buat wiring pelbagai barangan elektrik, tapi masuk bab wiring kereta... banyak home work perlu buat. Maklulamlah novice katakan. Tapi kenapa ya...? 

Wiring peralatan elektrik biasa kita tak duduk didalamnya. Sumber kuasanya pula boleh dikatakan tidak terhad. Kalau berlaku apa-apa kita tak berada dekat dengannya ataupn kalau berlaku apa-apa kita adalah dalam keadaan terpisah dengan alatan tersebut.  Berbeza dengan kereta, kita berada didalamnya. Kesilapan berlaku akibat pendawaian (wiring) boleh menyebabkan kereta terhenti ketika kereta sedang berjalan. Bateri boleh habis (drain out) dalam kadar yang cepat, berlakunya "spark" (percikan api) akibat wiring tak sempurna boleh menyebabkan kebakaran atau penggunaan arus yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan bateri, kesilapan "polariti (kekutuban +/-)" boleh menyebabkan kerosakan komponen, terutama yang menggunakan ECU. Maklumlah kita kena faham kereta ni adalah mesin yang bergerak, kita bawa/pandu mesin yang bergerak. 

Pendekata risikonya adalah besar akibat kerja-kerja tidak mahir. Sebab itu saya lebih suka mencuba litarnya diluar terlebih dahulu dan mengkaji kesahihan cara kerjanya sebelum pemasangan dibuat. Kalau dah biasa buat tu takpelah, dah faham selok belok..... dah tau memang mudah. 

Berbalik kepada central lock tadi, dibawah ini adalah litar kawalan biasa bagi kebanyakkan"central lock". Sambungan kabel adalah seperti dibawah:-


Merah (RED) - sambungkan ke Bateri 12VDC

Hitam (BLACK) - sambungkan ke body kereta (neutral)

Hijau (GREEN) - sambungkan ke Actuator (Penolak kunci pintu) maaf tak ingat yang mana tolak yang mana tarik

Biru (BLUE) - sambungkan ke Actuator (Penolak kunci pintu) maaf tak ingat yang mana tolak yang mana tarik

Coklat (BROWN) - sambungkan ke Actuator (Penolak kunci pintu) disebelah pemandu  maaf tak ingat yang mana tolak yang mana tarik
* suis manual - wire ini juga disambungkan ke suis (susi tekan) dan disambungkan ke badan kenderaan (body kereta). Maaf tak ingat yang mana tolak, yang mana tarik.


Putih (WHITE) - sambungkan ke Actuator (Penolak kunci pintu) disebelah pemandu  maaf tak ingat yang mana tolak, yang mana tarik
* suis manual - wire ini juga disambungkan ke suis (susi tekan) dan disambungkan ke badan kenderaan (body kereta). Maaf tak ingat yang mana tolak yang mana tarik.

Nota :  actuator sebelah pemandu adalah actuator yang mempunyai 4 wayar atau kabel iaitu Hijau, Biru, Putih dan Coklat.

Dibawah ini pula adalah diagram bagi sambungan central lock dan actuator.. 



Ada juga central lock seperti dibawah. Tidak jauh beza diantara keduanya. 


Dalam membuat ujian litar, seperti di sebut awal tadi, saya lebih suka menguji dahulu cara kerja litar tersebut diluar. Inilah litar ujian yang saya gunakan untuk menguji cara sistem central lock tersebut berfungsi. Dengannya saya dapat menguji sistem tersebut berfungsi dengan baik atau pun tidak.

- Saya menggunakan bateri kereta (kebetulan saya ada spare). Kalan takde, boleh guna adaptor yang boleh membekalkan kuasa 12VDC. Pastikan sambungan (+) dan negatifnya (-) betul.

- Multimeter disetkan kepada 50VDC. Ianya untuk menguji voltage pada litar di point tertentu, misalnya pada punca bekalan masuk (pada wire hitam dan merah). voltage kepada actuator (Hijau dan Biru).

- Satu actuator (kalau ada)

- Sambungan kabel pada wire Coklat (Brown) dan Putih (White). Kabel ini akan disentuh secara sekejap kepada terminal (-) bateri. Ini mewakili suis yang disambung kepada badan kenderaan.


Sambungkan wayar mutlimeter hitam dan merah kepada wire hijau dan Biru. Sambung sahaja asalkan satu sama satu. Kemudiannya sambungakan wayar putih dan coklat kepada satu wayar tambahan setiap satu (secara berasingan). Untuk mengujinya, sentuhkan kabel yang disambungkan kepada putih atau coklat tadi ke terminal (-). Kita dapat perhatikan jarum meter akan naik keatas (biasanya melepasi 10VDC) atau turun ( kearah bawah 0 - menunjukkan polaritinya terbalik ). Tukar arah sambungan pada kabel hijau dan biru. Ulangi langkah pengujian diatas. Sekiranya didapati jarum meter berlawanan dari ujian pertama, ini menunjukkan alat tersebut dalam keadaan baik.



Dibawah ini ditunjukkan setting pada multimeter tersebut.  50 VDC (pada meter di tuliskan DCV - Direct Current Voltage)





Setelah semuanya ok, sambungan kepada litar alarm boleh dibuat. Perlu diingat, litar alarm juga perlu dipastikan sambungannya adalah betul.


Dibawah ini adalah litar alarm yang saya gunakan (lebih kurang). 


Dibawah ini pula ditunjukkan sambungan yang disambungkan diantara alarm panel (hanya bahagian penyambungan ditunjukkan), central lock dan actuator.


Bahagian penyambungan yag disebutkan diatas adalah bahagian bertanda hijau dibawah.

Untuk memastikan sambungan wire adalah betul, ada baiknya selepas setiap pemasangan, tindakbalasnya diuji. Ini untuk mengelakkan terjadingan pemasangan terbalik.

secara ringkasnya, sambungan yang perlu dibuat adalah seperti dibawah (gabungkan kedua-dua rajah diatas) :-



Selepas siap uji kembali sistem tersebut sebelum membuat finishing. mana tau kalau terbalik pasang taklah susah sangat nak betulkan.

Semoga berjaya.

selamat D.I.Y


















5 comments:

  1. salam...sy nak tanya, wire warna coklat dgn warna putih kena sambung ke mana di kereta? berdasarkan wire diagram central lock yg saya beli bg tau sambung ke "connect remote switch & remote system".

    ReplyDelete
  2. nak tanya, central lock x funtion walaupun tekan remote lock n manual lock kat pintu..kenapa yer

    ReplyDelete
  3. salam.. artikel encik bagus tapi utk saya yg rabun ni agak sukar utk membaca dgn mudah. background menyukarkan pembacaan.. sekian terima kasih

    ReplyDelete
  4. Artikel ok..tapi backround buat sakit mata..terima kasih info

    ReplyDelete