Friday, 7 October 2016

FICD

FICD ? Apa bende tu. Mende ni sebenarnya dah biasa digunakan oleh kebanyakan kereta injection yang mengalami masalah idling timing ketika air con dihidupkan. Sebutan panjangnya adalah Fast Idling Control Device. Ia merupakan alat yang digunakan untuk mengawal RPM engine terutamanya ketika pendngin hawa berfungsi.

Sebagimana tahu, pendingin hawa adalah salah satu peralatan yang disambung secara terus kepada enjin untuk berfungsi. Apabila pemampatnya (compressor) hidup, secara tak langsung sebahagian kuasa enjin digunakan untuk memusingkan compressor tersebut. Dengan bukaan minyak yang terhad, secara tindakbalas feedback yang berlaku, rpm engin secara automatik akan turun.

Bagi sistem injection keadaan ini dikawal oleh pelbagai cara. Antaranya stepper motor, gear IACV dan lainnya. Ada antara alatan tersebut yang agak mahal untuk ditukarganti. Malah ada juga penggantiannya melibatkan pemeriksaan yang rumit. Cara alternatif yang murah dan mudah adalah dengan menambah FICD kepada sistem enjin anda.




Boleh ke FICD digunakan pada enjin karburetor

Kebanyakkan pomen yang saya jumpa mengatakan FICD hanya sesuai untuk sistem injection sahaja. Ini adalah kerana FICD membuat pintasan angin dari BREATHER ke INTAKE MANIFOLD. Penambahan angin yang "terlebih" ini menyebabkan sensor memberi signal kepada ECU (Engine Control Unit)  bahawa berlaku kekurangan "bahan bakar" didalam sistem pembakaran. Tindakbalas dari isyarat tersebut akan menyebabkan bahan api akan ditambah dan secara automatik dan ini  akan menaikkan kembali RPM enjin. Berapa kadar kenaikan adalah bergantung kepada kawalan manual pada FICD tersebut.

Kenapa tak sesuai pada sistem kaburetor? Secara teorinya, sama seperti injection tadi, apabila pemampat dihidupkan, FICD ini akan dihidupakan. FICD ini disambungkan terus kepada kuasa yang sama pada pemampat, ia hidup seiring dengan pemampat. FICD ini akan menambah/membuka laluan  angin ke ruang intake manifold dari ruang breather.Atau dengan sambungan mudah, angin luar ditambah terus kedalam ruang Intake Manifold. Kita harus ingat, disebabkan sistem carb (ringkasan kepada carburetor) tiada sensor untuk mengesan kekurangan bahan api, maka apabila berlaku lebihan udara kepada kandungan bahan bakarnya, maka secara langsung rpm akan turun dan semakin turun apabila lebih banyak udara tambahan yang disuntik kedalam kebuk pembakaran. Disebabkan kurangnya nisbah (ration) angin dan minyak, akhirnya rpm akan menjadi rendah dan enjin mungkin terus mati bergantung kepada kuantiti "udara tambahan" yang dibekalkan oleh FICD. Itu secara teorinya, Ini menyebabkan penambahn FICD bukannya menaikkan RPM, sebaliknya akan menurunkan RPM enjin.

Bagaimanapun ada mengatakan mereka berjaya memasang FICD pada sistem enjin carb. Mungkin ada tambahan sensor actuator atau lain komponen yang membolehkan penambahan ini dilakukan.

Bagi yang ingin memasang FICD ini, janganlah terlalu teruja apabila melihat harganya. Ada yang kononnya meminta upah sehingga RM200 termasuk barang. Tahukan anda harga FICD baru (klon) termasuk bracket berharga sekitar RM70.00. Saya pula mendapatkan yang terpakai pada harga RM50.00 (termasuk penghantaran). Secara kasar kos untuk FICD

- FICD (baru/klon) RM70 termasuk wire soket. Kos penghantaran RM10.00
- FICD second atau kedai potong sekitar RM50.00 termasuk penghantaran (ini yang saya dapat)
- 8mm T RM6.00/pcs. Perlu 2, total RM12.00. Ini harga T brass (besi kuning)
- Flexible Hose 8mm. Sekitar 4 kaki. Silikon RM4/kaki. Total RM16.00
- Cable... tak sampai RM5.00 pun.

Total (anggaran) : RM80.00. kalau buat sendiri pun mudah je. Upah pasang ni kebanyakkan ambik sekitar RM20.00 je  (pastikan barang semua lengkap).

Kalau susah sangat dan tak tahu nak dapat kat mana, cari je kat internet. Saya sendiri mendapatkannya melalui internet.

Berkenaan pemasangan melalui bengkel... Kalau pomen tu ambik lebih sangat.... sendiri mau ingat loooo...

Saya adalah pengguna proton saga lama tahun 1988... Apa yang saya ketahui, sistem kawalan minyak saga (lama) ini sendiri sudah ada sistem umpama FICD.



Apabila air con (kompressor) dihidupkan, suis injap vacum (VSV - Vacum service valve) akan membuka laluan angin dari idle up actuator ke intake manifold. Apabila berlakunya "vakum" didalam hos diantara idle up actuator dan intake manifold, actuator ini akan menarik rod (berfungsi seperti throttle kecil) yang membuka laluan penambahan angin/munyak kedalam ruang pembakaran. Ini akan menaikkan rpm enjin ketika itu. Penarikan ini umpama kita menekan pedal minyak secara sedikit..

Apabila kompressor dimatikan, VSV itu akan kembali seperti biasa. Pada keadaan ini, injap akan menutup hos ke intake manifold dan membuka angin dari luar untuk masuk ke actuator. Pada keadaan ini actuator kembali ke asal dan "melepaskan: tarikan kepada "throttle kecil" tersebut. Campuran tam
haban ke kaburetor tersebut dipotong dan secara automatik, enjin kembali kepada setting asal.

Berapa tinggi rpm naik ketika kompressor air con dihidupkan. Ianya bergantung kepada setting yang dibuat pada idle set untuk air con.


PENERANGAN KOMPONEN

dibawah ini adalah vacum service valve yang digunakan.  Ketika kompressor air con dihidupkan, angin disedut ke vacum tank. Angin dalam actuator juga ditarik keluar yang menyebabkannya menjadi "kempis"

Apabila kompressor dimatikan, angin ke vacuum tank di tutup dan angin akan masuk kembali ke actuator melalui air filter.



Contoh : Idle up actuator




12 comments:

  1. as slm sy guna wira 1.5 manual cab rpm drop bila psg aircond.ade kaitan dgn sensor air flow tak?

    ReplyDelete
  2. adjust skru vacuum tu supaya bila aircond on..vacuum akan dihidupkan dan menstabilkan rpm

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Bro klau kereta wira 1.3vdo sesuai ke gune ficd ni???

    ReplyDelete
  5. Boss kereta sy ble pasang aircond, lampu dan radio voltan turun smp 12.3v. ..Tp ble x pasang die maintain 13.5....ble start kereta rpm bwh 800 kira rendah .. . Tu kena pasang ficd atau kena buat tunning ble yek boss?

    ReplyDelete
  6. saya pakai saga lama 8v,tapi saya dh tkr carb,pomen tu tkr carb local,carb local yg saya gunakan idle up actuator dia berbeza tk sama mcm carb ori,tmpat adjust ade tpi tmpat nk sambung hose dari vacuum ke idle up actuator tiada..
    Saya tk thu nk buat cmne lgi tolong saya bro!

    ReplyDelete
  7. Bos, sy pakai estima acr30, time on aircond rpm drop & engine bgegar, so mcm mn nk setting agar rpm naik agar engine x bgegar

    ReplyDelete
  8. slm tuan..
    kalau pkai ficd ni x makan minyak lebih ke...ada kesan smpingan lain2 x...brcadang nk psang jgk

    ReplyDelete
  9. slm tuan..ada efek x psang ficd ni
    makan minyak ke..
    igt nk try psang jgk

    ReplyDelete
  10. Ficd ni boleh rosak tak,sbb keta sy sekarang rpm jd gila, pastu xleh tekan minyak lbh akan mati... Adakah d sebabkan pembakaran api xstabil, jd apabila sy tekan lbh akan semput dan mati, tp bila sy biar dlm 10/15 minit boleh start blk. Sng jer hidup. Mohon pencerahan.. Sy menggunakan Nissan ad resort carburettor.. Tk

    ReplyDelete
  11. sa akhirnya berjaya gunakan ficd pada saga 8v sa melalui trial and error dan pemahaman aliran vacuum 4g15 8v.

    Caranya senang shj, wayar Ficd (denso utk mitsubishi) ikut ekon compressor. hose tulis vacuum ke intake vacuum dan hose TO ke distributor utk distributor advance. Jd bila ekon hidup, solenoid hidup dan sedut distributor utk tarik idle naik. adjust idle ikut keselesaan, sa adjust dlm 1000rpm off ekon jd bila on ekon drop ke 900.

    Tapi engine 4g15 carb 8v sa ada ganjil sikit sebab thermo valve dia ada 2 tingkat shj, bukan mcm thermovalve iswara yg 3 tingkat. Mungkin enjin import sebab cyclone 12valve tp guna carb 8v.

    semoga ada yg dapati komen sa ini membantu.

    ReplyDelete