Tuesday, 12 July 2016

MEMANTAU KEADAAN SEMASA BATERI DAN ALTERNATOR ANDA...???





Dengan kos kurang dari RM40.00 anda boleh melihat kekuatan bateri kereta anda dan juga pengecasan oleh alternator anda sepanjang masa.

Ya, cuma cucukkan alat ini ke bekalan pemetik api kereta anda, anda dapat melihat status semasa bateri kereta anda apabila suis dihidupkan. Bergantung kepada model, ada yang turut memberikan bacaan suhu dalam kereta anda. Malah ada juga yang menyediakan soket USB untuk anda mengecas gadget anda.



mudah bukan....

dibawah ini adalah keadaan bateri dan alternator kereta saya iaitu 13.9V, sementara suhu dalam kereta saya pada masa tersebut adalah 29 C. dibahagian atasnya pula ada port untuk USB charger....


Kenapa saya membeli alat ini. Pada suatu malam.. yang gelap, balik dari tempat kerja.... jeng jeng....

sampai kat satu tempat, kulihat lampu ku semakin kelam... aduh apa terjadi. aku agak dah tentu bateri keretaku dah mula kong.... tapi takkkanlah... pagi tadi elok je, air con pun sejuk je tadi pagi.

Dengan anggapan bateri keretaku dah kong, aku cuma hidupkan signal kiri kanan je, teruskan perjalanan... sampai kat rumah... signal pun segan sangat nak nyala. Engin ku matikan, cuba hidupkan semula..... waduiih.... tik tik tik je yang ada...

Ku caskan bateri keretaku. (makluman, dirumahku sentiasa ada battery charger), lepas caj 1/2 jam, ku cuba hidupkan kembali... alhamdulillah hidup. Bila engine tengah hidup... ku cabut bateri... matilah pulak... 100% aku katakan alternator kong!!!!!!  Aku call member... dia suruh hantar kalau hidup..

Malam tu aku caj bateri kau-kau punya, esok terus hantar. Pinjam motor dia balik rumah. Petang call dia balik... dia kata alternator OK, cuma  wayar terbakar. Nasib baik wire je... terbang gak RM100+++...

Aku tau pasal gadget ni dah lama, cuma berbelah bagi nak beli ke tidak. Bila dah jadi camtu, terus beli... tak nak fikir panjang, bukan apa at least aku tau bateri dah nak kong ke ape ke... ada petanda awal... senang bertindak awal...


Ok Cauu..

1 comment: